Tuesday, November 29, 2011

sedeyh....

harinie,satu hari x dgr suara dier... rndu sgt2,yela.. nie la balasan klu wat salah.. kene time aper jerk yg owg hukum kita,tp sgt2 sedeyh coz xdpt dgr suara dier.. then ngn demam lg,xlalu mkn.. tp kuatkn diri gak mkn coz dh jnji ngn dier yg xnk wat perangai dh...kene tunaikn jnji,nk bg dier cayer kt aku blik.. tp bler owg dh kecewa n tawar aty ngn sikap kita... aper yg perlu dilakukn....xtaw lar,skit..sedeyh nk nangiss semua ader... aku syg dier,syg sgt2....aku patot bg dier mase tok maafkn aku,aku xnk push dier lg,xnk wat dier tension,xnk pressure dier n xnk wat perangai bongok aku nie.... aku xnk dier sedeyh ngn aper aku wat kt dier.... mulai arinie,aku akan hargai aper yg dier wat tok aku.. aku xkn merungut walau ckit pown... tp semua tu dh terlambat kn... dier xkn time,dier dh xnk dgr semua promise aku lg.... makin sedeyh bler fikirkn.. semoga segalanya akan bertambah baek lpas nie.. aku x mmpu kehilangan dier n mampu nk time bler dier jauh dri aku skarang...tnpa dgr suara dier..emmmmmmmmmmmmmm

Monday, November 28, 2011

@penyesalan@

aper yg aku perlu wat nie,aku dh wat dier sebak... aku wat dier sedeyh.. slh aku xcayekn dier... nper ngn aku nie... aku ptot jd owg yg lebih fhm die,sepatotnyer aku wat dier happy bler dier tension,jd pendengar yg baek bler dier memerlukn... aku ptot cayerkn dier,but now aku wat dier cmnie... semua slh aku,nper aku selalu wat perangai.... dier dh x cayerkn aku lg,bg dier aku xkn berubah.. aper perlu aku lakukn tok wat dier cayerkn aku blik.... kemaafan yg aku mintak dri dier x berbaloi klu aku x berubah!!! wani!!! from now on pless brubah,jgn wat dier sedeyh,jgn wat dier tension.. sygi dier,fahami.. syg, pless forgive me... i really make a big mistake... maafkn i... i akan bukti kn kt u yg i tol2 dh brubah... i xkn wat u menyesal coz bg i peluang...

Saturday, November 26, 2011

5 perkara yg buat laki tak call anda blik....

1. Mereka hanya suka meluangkan masa bersama wanita- Tidak semestinya apabila seseorang lelaki meluangkan masa bersama, bermakna mereka telah jatuh hati pada anda. Sebahagian lelaki gemar untuk meluangkan masa bersama wanita hanya untuk melupakan kebosanan mereka sebentar. Apabila mereka sudah sibuk untuk melakukan tugasan kerja, pasti agak sukar untuk mereka mengingati anda.
2. Untuk menunjukkan ‘kemachoan’ mereka sebagai lelaki- Mungkin lelaki yang telah anda keluar bersamanya turut menyukai anda. Tetapi untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti seorang yang kelam kabut, mereka dengan sengaja tidak mahu menghubungi anda dalam masa yang terdekat. Tujuan sebenar semestinya mengenai ‘kemachoan’ sebagai seorang lelaki sejati. Ini juga merupakan salah satu permainan psikologi yang paling di gemari lelaki. Dalam kes ini, anda hanya perlu bersabar dan pasti mereka akan menghubungi anda.
3. Mereka tidak berminat terhadap anda- Mungkin seseorang lelaki keluar bersama anda hanya untuk mengenali anda dengan lebih mendalam lagi. Apabila anda tidak memenuhi ciri-ciri yang mereka idamkan, pasti mereka tidak bersemangat untuk terus menghubungi anda. Ia pasti amat menyedihkan bagi seorang wanita yang melaluinya. Lelaki sepatutnya tidak memperlakukan mereka seperti ini. Sebaiknya teruskan perhubungan walaupun hanya sebagai kawan. Jangan tunjukkan perubahan yang mendadak kerana ia mampu untuk mengguris hati mereka.
4. Mereka hilang no anda- Peratus terhadap masalah ini terjadi adalah amat sedikit tetapi ianya tidak mustahil. Wanita sepatutnya tidak mengharapkan usaha dari lelaki sahaja. Mereka juga perlu memainkan peranan untuk memikat lelaki tersebut. Cuba hubungi mereka semula dan tanyakan masalah yang mungkin mereka hadapi. Berkemungkinan apa yang anda usahakan akan menghasilkan satu kebahagian dalam hidup anda.
5. Mereka tidak sepenuhnya bersikap jujur- Masalah ini juga berkemungkinan salah satu punca terbesar sekiranya mereka tidak menghubungi anda. Mungkin mereka masih mempunyai rahsia yang sedang cuba disembunyikan. Apabila berdekatan dengan anda, mereka akan meluangkan bersama, tetapi apabila mereka sudah berjauhan, mereka mempunyai perancangan yang lain pula. Wanita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap lelaki seperti ini.

5 perkara yg buat laki yg call anda blik....

1. Mereka hanya suka meluangkan masa bersama wanita- Tidak semestinya apabila seseorang lelaki meluangkan masa bersama, bermakna mereka telah jatuh hati pada anda. Sebahagian lelaki gemar untuk meluangkan masa bersama wanita hanya untuk melupakan kebosanan mereka sebentar. Apabila mereka sudah sibuk untuk melakukan tugasan kerja, pasti agak sukar untuk mereka mengingati anda.
2. Untuk menunjukkan ‘kemachoan’ mereka sebagai lelaki- Mungkin lelaki yang telah anda keluar bersamanya turut menyukai anda. Tetapi untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti seorang yang kelam kabut, mereka dengan sengaja tidak mahu menghubungi anda dalam masa yang terdekat. Tujuan sebenar semestinya mengenai ‘kemachoan’ sebagai seorang lelaki sejati. Ini juga merupakan salah satu permainan psikologi yang paling di gemari lelaki. Dalam kes ini, anda hanya perlu bersabar dan pasti mereka akan menghubungi anda.
3. Mereka tidak berminat terhadap anda- Mungkin seseorang lelaki keluar bersama anda hanya untuk mengenali anda dengan lebih mendalam lagi. Apabila anda tidak memenuhi ciri-ciri yang mereka idamkan, pasti mereka tidak bersemangat untuk terus menghubungi anda. Ia pasti amat menyedihkan bagi seorang wanita yang melaluinya. Lelaki sepatutnya tidak memperlakukan mereka seperti ini. Sebaiknya teruskan perhubungan walaupun hanya sebagai kawan. Jangan tunjukkan perubahan yang mendadak kerana ia mampu untuk mengguris hati mereka.
4. Mereka hilang no anda- Peratus terhadap masalah ini terjadi adalah amat sedikit tetapi ianya tidak mustahil. Wanita sepatutnya tidak mengharapkan usaha dari lelaki sahaja. Mereka juga perlu memainkan peranan untuk memikat lelaki tersebut. Cuba hubungi mereka semula dan tanyakan masalah yang mungkin mereka hadapi. Berkemungkinan apa yang anda usahakan akan menghasilkan satu kebahagian dalam hidup anda.
5. Mereka tidak sepenuhnya bersikap jujur- Masalah ini juga berkemungkinan salah satu punca terbesar sekiranya mereka tidak menghubungi anda. Mungkin mereka masih mempunyai rahsia yang sedang cuba disembunyikan. Apabila berdekatan dengan anda, mereka akan meluangkan bersama, tetapi apabila mereka sudah berjauhan, mereka mempunyai perancangan yang lain pula. Wanita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap lelaki seperti ini.

~buka hatimu~

Aku telah lelah mengikuti
Semua langkah kakimu
Dan mengharap bisa memiliki
Berbagai cara telah aku lakukan
Untuk hidupmu
Hingga aku mengorbankan hidupku
Buka hatimu
Bukalah sedikit untukku
Sehingga diriku
Bisa memilikimu

Betapa sakitnya
Betapa perihnya hatiku
Selalu dirimu tak menganggap ku ada




~ku ingin kamo~

Demi semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin kau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku
Hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Di setiap alir darahku
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku

Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani...

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
Ku ingin selalu menjagamu

Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas

Tuesday, November 22, 2011

60 Petua Mendapatkan Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

my heart is crying~




no one will understand,aku senyum bkn bererti aku gembira tp aku senyum kerana aku ingin menyembunyikan tangisan dalam aty aku kerana ko yg melukakan atyku... terima ksih atas segalanyer...

Monday, November 21, 2011

lonely

skunk nie kami makin jauh... jauh dri segi jarak n jauh dri segi komunikasi.. kami dh jarang ckp phone,jarang msg.... aku taw aku kene fhm dier,dier bz ngn keje dier.. but sometimes i really need him.. tp dier semakin jauh dri aku hngga aku ase dier dh x sayang aku lg.... sunyi,dlu mlm2 aku ditemani dgn suara dier. setiap mlm kami berbual dlm phone tp sekarang x lg... aku sedeyh,sedyh sgt.. aku xnk kami mcm nie.. setiap mlm asyik nangis bler pikirkn semua tu.. tp aku x nk tunjukkn yg aku sedyh kt dier,aku xnk kesedeyhan aku nie akan membebankn dier.. dier dh lar tension keje,septotnyer aku kene fhm dier... tp,jkadang2 aku rndu sgt ngn dier.. aku syg dier sgt2.. hm.. smpai bler nk jd mcm nie..

Sunday, November 13, 2011

saya sayang awk sgt2!!!

happy sgt dpt jmper dier,terubat gak rndu di hati nie... n yg paling x disangkaankn dapat rantai dri dier,happy n terharu.. xkn ilangkn rantai tu n akan jge rantai tu elok2 yer,i promise syg... aper yg saya ingin bgtaw adalah.. awk x perlu jd sempurna dimata saya,kerana ketidaksempurnaan n kekurangan awk menyempurnakan hidup sya.. tidak perlu wang berjuta2,tp hnyer kasih sayang awk wat saya jd bergitu berhrga... syg,i just want u to know that i love u so much.. syg saya pada awk bkn sebab rupe,harta or aper saja tp disebabkn awk adalah awk... di mata saya awk lah segalanyer... thanks sayang buat sy bhagia sgt2... i nk u taw i syg u,keje elok2 n jgn gigh sgt smpai x jage kesihatan... mwahx for u!!!